A   FOLIO PENYELIDIKAN
Kandungan: 
1 Senarai nama murid dan kumpulan selian
2 Bahan-bahan Taklimat Penyelidikan
3 Jadual Perancangan Penyelidikan murid (perjumpaan,perbincangan & minit curai)
4 Pelan Tindakan/Carta Gantt
5 Senarai semak proses penyelidikan
6 Jadual Konsultasi
7 Laporan konsultasi
8 Perancangan Jadual Kolokium
9 Borang Pengesahan penghantaran laporan/Borang Penilaian
10 Bukti Pembentangan Kolokium
B   PANDUAN ASAS PELAKSANAAN KAJIAN
UNTUK GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
1. PENDAHULUAN
Usaha pembudayaan penyelidikan di kalangan guru telah lama diperkenalkan di dalam bilik, sesuai dengan perkembangan untuk menjadikan guru sebagai pengamal reflektif. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih mendalam dan meluas. Guru seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing. Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu guru menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik.
Garis panduan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 menjalankan kajian di sekolah, di samping memberi kemahiran kepada guru-guru untuk membimbing dan menyelia pelajar Tingkatan 6 dalam pelaksanaan kajian. Ia juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.
2. CARA PELAKSANAAN KAJIAN
Dijalankan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat orang pelajar di bawah seliaan  seorang penyelia (guru). Setiap kumpulan wajib melaksanakan dan menyediakan laporan kajian. Kajian dilaksanakan dalam tempoh maksimum tiga semester. Proses kajian termasuk menghadiri kelas(bersemuka), penyediaan kertas cadangan kajian, pelaksanaan kajian, penulisan laporan kajian dan pembentangan kajian dalam satu kolokium. 
Setiap laporan kajian dihantar pada minggu pertama semester ketiga dengan mengikut format:
• 15 hingga 25 muka surat
• langkau satu setengah baris
• font Arial 11
3. ISI KANDUNGAN DAN JADUAL PELAKSANAAN ASAS KAJIAN 
I. SEMESTER 1 :TINGKATAN 6 BAWAH (20 MINGGU)
A KONSEP KAJIAN: (12 MINGGU)  
a) Konsep kajian (1minggu/2 waktu)
i. Definisi 
ii. Ciri-ciri
iii. Tujuan 
b) Jenis-jenis Kajian (3 minggu/6 waktu)
i. Tinjauan
ii. Kajian Kes
iii. Eksperimental
iv. Ex-post facto 
v. Kajian tindakan
c) Proses Kajian (3 minggu/6 waktu)
i. Mengenal pasti isu/masalah
ii. Merancang strategi
iii. Melaksanakan kajian
iv. Mengumpul dan menganalisis data
v. Kesimpulan dan perbincangan
d) Metodologi Kajian (5 minggu/10 waktu)
i. Rekabentuk kajian
ii. Persampelan
iii. instrumen kajian
iv. prosedur kajian
v. kaedah analisis data
B. PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN (8 MINGGU)
a. Teknik penulisan ilmiah (2minggu/4 waktu)
i. Format kertas cadangan kajian
ii. Teknik membuat rujukan/nukilan (citation)
iii. Format menulis bibliografi
b. Penulisan Kertas Cadangan (6 minggu/12 waktu)
i. Mengenal pasti isu/masalah
ii. Sorotan kajian
iii. Metodologi kajian
iv. Jadual pelaksanaan kajian
II. SEMESTER 2 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)
C. PELAKSANAAN KAJIAN (10 MINGGU)
a) Pembentangan kertas cadangan   
b) Laporan kemajuan kajian mengikut jadual
c) Perjumpaan berkala dengan penyelia
D. PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN(10 MINGGU)
a. Ciri-ciri laporan kajian yang baik
b. Format laporan kajian
c. Penulisan laporan kajian 
III. SEMESTER 3 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)
E. KOLOKIUM
a. Pembentangan peringkat sekolah
b. Pembentangan peringkat daerah
c. Pembentangan peringkat negeri
C  FORMAT PENULISAN  PENYELIDIKAN 
PELAJAR TINGKATAN 6 (2010/2011)
1. Kertas Konsep
1.1 Contoh Format Kertas Kerja 
      
1.Pendahuluan
2. Rasional pemilihan tajuk (menjurus kepada 
   manafaat,menarik atau  berbentuk informatif, kurikulum dll)
3. Isi-isi kandungan (huraian garis kasar sahaja)
4. Data/gambar/fakta yang sesuai untuk dimuatkan
   (huraian sahaja)
5. Cadangan Kerja Lapangan/Mencari bahan sumber.
6. Jadual Perancangan Pelajar.
1.2 Contoh Urutan Format Penulisan Kertas Konsep.
Halaman Judul
Pendahuluan
Tajuk-tajuk isi kandungan
Rumusan/penutup
Rujukan 
2. Penyelidikan 
2.1 Contoh Format Kertas Cadangan
Halaman Judul
Bab 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Penyata Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Hipotesis /Soalan Kajian
1.6 Batasan Kajian
Bab 2 TINJAUAN LITERATURE
2.1 Pendahuluan
2.2 Tinjauan Am
2.3 Tinjauan releven dengan soalan kajian
2.2 Rumusan 
Bab 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
3.2 Instrumen   
3.3 Populasi/persampelan
3.4 Prosedur mengumpul data (kaedah & kajian rintis)
3.5 Pemerosesan dan Analisis Data
3.6 Jadual Perancangan Kerja
3.7 Anggaran Kos
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
2.2 Contoh Format Laporan Kajian 
                                                             Halaman
Halaman Judul                                          i   
Isi Kandungan                                          ii
Abstrak                                                    iii
Bab 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Matlamat kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Hipotesis /Soalan Kajian
1.5 Batasan Kajian
Bab 2 TINJAUAN LITERATURE
2.1 Pendahuluan
2.2 Tinjauan Am
2.3 Tinjauan releven dengan soalan kajian
2.2 Rumusan 
Bab 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
3.2 Instrumen   
3.3 Populasi/persampelan
3.4 Instrumentasi 
3.5 Prosedur Kajian
3.6 Rumusan
Bab 4 DAPATAN KAJIAN
Bab 5 ANALISIS DATA
Bab 6 PENUTUP
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
D  PANDUAN PENULISAN ILMIAH/PENYELIDIKAN 
PELAJAR TINGKATAN 6  (2010/2011)
1. Penulisan Ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik yang boleh dibuat dalam bentuk penyelidikan/kertas konsep/ kajian tindakan/tesis/atau disertasi untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan atau sekadar untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.
 
2. Objektifnya ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6  dengan kaedah menyediakan satu penulisan ilmiah yang baik sebagai persediaan awal dan latihan untuk mereka menyampaikan idea-idea secara lebih akademik dan matang. Penulisan  yang dihasilkan perlulah mencerminkan intelek pelajar-pelajar pada tahap Tingkatan 6 atau pra-universiti.
3. Pelajar dibenarkan menghasilkan kerja secara bersendirian atau sebaiknya dalam kumpulan dan mereka akan diselia oleh seorang guru.
4. Dalam memilih tajuk guru penyelia haruslah membimbing pelajar supaya tajuk yang dipilih ada menafaat dan layak dibahaskan, ada kaitan dengan sukatan mata pelajaran Tingkatan 6, menarik dan berbentuk informatif dan bahan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi. Bantu mereka untuk mengenal pasti isi kandungan, data dan gambar rajah yang releven. Bimbing pelajar  untuk menghadkan skop penulisan supaya tidak terlalu luas atau sempit.  
5. Guru penyelia hendaklah menyemak deraf penulisan pelajar secara berperingkat/berkala. Semasa perjumpaan/konsultasi, guru perlulah memberi cadangan dan bimbingan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi hasil penulisan mereka. Penulisan perlulah bersandarkan kepada bahan literatur, fakta dan data yang sumbernya perlu ditulis sebagai bahan rujukan.
6. Tempoh untuk menyedia dan menyiapkan Laporan/Penulisan ialah dari November  2010 hingga April 2011(sila rujuk Carta Gantt). 
7. Laporan/penulisan seperti yang dikehendaki oleh KPM/JPWP ialah antara 15 – 25 muka surat, font Arial 11 dan langkau  satu setengah baris. Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan/binding. Kertas bersaiz A4.
8. Guru penyelia dikehendaki menilai hasil kerja pelajar masing-masing. Satu Borang Penilaian/Penghantaran Laporan yang standard akan digunakan. 
9. Sesalinan laporan/penulisan pelajar perlu diserahkan kepada Ketua Penyelidikan untuk simpanan pihak pentadbir. 
10. Kolokium/pembentangan peringkat sekolah akan diadakan untuk penilaian hasil laporan penyelidikan/penulisan pelajar-pelajar daripada setiap kumpulan. 
JADUAL  KONSULTASI  PENULISAN ILMIAH/PENYELIDIKAN 
PELAJAR TINGKATAN 6 (2010/2011)
Guru Penyelia : ………………………………………….
Nama Pelajar :  1.………………………………………..
  2………………………………………...
3…………………………………………
4………………………………………….
MINGGU/
 PERKARA YANG AKAN DIBINCANG  HASIL KERJA
Minggu 1
Nov-2010
  Perlantikan Ketua Kumpulan
 Perbincangan Jadual Konsultasi guru penyelia
 Penulisan Jadual Perancangan Pelajar.
 Pemilihan tajuk
 Penjelasan tentang format penulisan kertas cadangan. 
Jadual perancangan pelajar
Deraf format  kertas cadangan/kerja.
Minggu 2
Nov-2010
  Menerima dan menyemak deraf kertas cadangan.
 Membincang penambahbaikan/pembetulan kpd. kertas cadangan (jika ada)
 Deraf kertas cadangan/kerja.
Minggu 3
Nov-2010
  Menerima kertas cadangan yang telah siap.
 Membincang format penulisan & garis kasar kandungan laporan.
Pengenalan/Lit. Review
Isi-isi penting yang akan dikemukakan.
Fakta dan data yang boleh disertakan.
 Cadangan tempat rujukan/kerja lapangan dan pelaksanaan kerja. 
 Agihan tanggungjawab penulisan untuk setiap bahagian. 
Kertas cadangan/kerja siap
(CUTI AKHIR TAHUN -KERJA LAPANGAN PELAJAR)
Minggu 1,2,3,4
Dis-2010 
 Laporan dan pengumpulan bahan hasil kerja lapangan oleh setiap
ahli kumpulan 
 Perbincangan penambahbaikan bahan penulisan
 Perbincangan cara penggunaan bahan di dalam penulisan 
Koleksi sumber bahan penulisan
Koleksi bahan yang terkemaskinikan
Minggu 1
Jan-2011  Serahan & semakan Deraf penulisan Bahagian 1 :
Pengenalan 
Isi kandungan pertama 
 Perkara-perkara yang perlu dibuat pembetulan.
 Cadangan dan perbincangan penulisan Bahagian 2.
 Isi kandungan ke-2 & ke-3      
Deraf loporan bahagian pertama telah disemak.
Minggu 2
Jan-2011  Semakan pembetulan kepada Deraf penulisan Bahagian 1.
 Serahan dan Semakan Deraf penulisan Bahagian 2. 
                            Isi kandungan ke-2 & ke-3   
 Perkara-perkara yang perlu dibuat pembetulan
 Cadangan dan perbincangan penulisan Bahagian 3,                                      Isi kandungan ke-4 dll
 Rumusan/Penutup     
Laporan Bahagian pertama siap
Laporan deraf  Bahagian ke-2 telah disemak
Minggu 3
Jan-2011  Semakan pembetulan kepada Deraf penulisan Bahagian 2.
 Serahan dan Semakan Deraf penulisan Bahagian 3 /akhir.
 Isi kandungan ke-4 & ke-5
 Rumusan/Penutup     
Laporan Bahagian ke-2 siap
Laporan deraf Bahagian ke-3 telah disemak
Minggu 4
Jan-2011  Semakan pembetulan kepada Deraf penulisan Bahagian 3/akhir.
 Perancangan pembentangan/kolokium
 Perancangan penghantaran laporan yang siap dijilid. 
Laporan siap.
Minggu 1&2 
Feb-2011 
 Penyerahan Kertas Cadangan dan Laporan yang telad siap & dijilid 
Semakan & Pemberian Markah oleh Guru Penyelia
Minggu 3,4
Feb-2011
Minggu 1,2,3 &4
March-2011 
Cuti Penggal & Ujian Selaras
      
Minggu 1
April-2011
 
Kolokium Peringkat Sekolah.
Minggu 2
April-2011 Penyerahan Bahan Kolokium kepada penolong Kanan Tingkatan 6 untuk simpanan di Pejabat Sekolah.
No comments:
Post a Comment